Diterbitkan pada: 08 Disember 2025

GXBank Rai Ulang Tahun Kedua, Dedikasi untuk Memperkasa Lebih 1 Juta Rakyat Malaysia Mencapai Daya Tahan Kewangan


Bank digital pertama di Malaysia membuktikan bagaimana teknologi dan AI benar-benar membantu golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan


PETALING JAYA, 27 November 2025 – Sempena sambutan ulang tahun kedua, GX Bank Berhad (GXBank) menegaskan semula pegangan asasnya: untuk menyediakan perbankan yang mudah diakses dan inklusif bagi memperkasakan setiap rakyat Malaysia untuk mencapai daya tahan kewangan.

"Kami melancarkan bank ini dengan tekad untuk merevolusikan industri perbankan, dan hari ini, kami sedang merintis jalan dengan membuktikan impak nyata daripada pendekatan kami yang beteraskan matlamat," kata Kaushik Chowdhury (KC), Ketua Pegawai Eksekutif, GXBank.

Dalam masa setahun sebelum ini, kami meraih lebih sejuta pelanggan yang aktif bertransaksi, dan telah memproses lebih 220 juta transaksi. Kepercayaan yang diberikan ini amat menyentuh hati, dan ia mengesahkan keyakinan kami – bahawa nilai sebenar teknologi dalam kewangan mesti diterjemahkan kepada akses yang bermakna dan berkhidmat yang berkesan untuk golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan. Kami membuktikan secara konsisten dan pasti bahawa penggunaan AI dan data kami adalah mengenai manfaat nyata untuk memastikan golongan terpinggir ini akhirnya terbela."



Merealisasikan Tujuan – Impak Nyata kepada Rakyat Malaysia
Pertumbuhan pesat GXBank ini membuktikan impak yang kami bawa kepada individu dan keluarga:

Daya Tahan Kewangan: Pelanggan kami kini diperkasakan untuk menabung dan mengurus kewangan mereka dengan lebih berkesan. Hasilnya, faedah terkumpul yang dijana mencecah RM24 juta pada tahun 2025.

Akses Saksama: Sejak pelancaran FlexiCredit, lebih 120,000 pengeluaran telah dibuat bagi membantu pelanggan menguruskan kekangan tunai. Lebih 60% pengguna memanfaatkan untuk kecemasan diluar jangkaan seperti perubatan dan pembaikan kereta. Manakala, hampir 50% menggunakannya untuk perbelanjaan harian. Malah, berdasarkan tinjauan pelanggan, hampir 50% pelanggan kini memperbaiki skor kredit mereka secara tak langsung melalui pembayaran balik yang konsisten.

Memutus Kitaran Kemiskinan: Program Impian GIGih GXBank telah mengagihkan bursari kepada lebih 1,700 murid dari keluarga kurang berkemampuan dan menaja 18 pelajar cemerlang Malaysia dalam pendidikan tertiari mereka.


Inovasi Berpandukan Tujuan: Penggerak Keterangkuman di Sebalik Tabir
Melangkaui standard industri, teknologi dan alatan AI GXBank merupakan pemacu utama keterangkuman kewangan dan peningkatan kecekapan operasi. Ini termasuk menggunakan teknologi untuk mengoptimumkan operasi back-end, sekaligus menangani kerumitan yang sering meminggirkan golongan kurang mendapat perkhidmatan kewangan, sambil memastikan keselamatan maklumat dan dana pelanggan sentiasa terjamin.

Sistem GXBank menampilkan ciri Adaptive Authentication, Predictive Fraud Prompts, dan Active Selfie Checks untuk pengesahan berasaskan gerakan yang kalis penipuan. Alatan pintar ini memboleh proses pendaftaran, kelulusan kredit, dan pembaharuan dibuat dengan lebih pantas. Ini melancarkan pengalaman pelanggan sambil meningkatkan pengesanan peranti yang berisiko bagi melindungi pengguna daripada kerugian akibat akses tanpa izin.

Memperkasa PMKS untuk Pertumbuhan Negara
Menyedari bahawa PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana) adalah nadi ekonomi Malaysia, Perbankan Bisnes GX dan Program Jaguh Niaga telah menunjukkan momentum positif.

"Sejak pelancaran GX FlexiLoan pada September lalu, RM25 juta telah disalurkan kepada PMKS kami. Selain itu, kami kini menyaksikan PMKS berjaya membuka akaun dan memohon pinjaman dalam tempoh hanya 8 minit, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini," kongsi Hildah Hamzah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi, GXBank.

1,000,000+ Impian Malaysia: Memperkukuh Komitmen Nasional Sempena ulang tahun kedua, kempen 1,000,000+ Impian Malaysia oleh GXBank menzahirkan komitmen berterusan mereka untuk membantu rakyat Malaysia merealisasikan matlamat kewangan mereka.

"Ini adalah pelan tindakan yang berfokus dan praktikal bagi menangani halangan utama kepada pemerkasaan kewangan - bermula daripada membantu keluarga menabung demi pendidikan anak-anak, hinggalah menawarkan pembiayaan fleksibel dan kerjasama penting kepada PMKS. Fokusnya adalah untuk memberikan nilai nyata kepada mereka yang diperlukan," tambah Hildah.

Kempen tersebut termasuk:

Poket Bonus: Tawaran masa terhad faedah 4.00% setahun (p.a.) (2.00% p.a. faedah asas harian + 2.00% p.a. faedah bonus)

Perbankan Bisnes GX: 3.00% p.a. faedah harian atas deposit perniagaan, dengan faedah 0% untuk pembayaran balik pinjaman bulan pertama


Turut hadir meraikan kejayaan ini bersama GXBank adalah organisasi yang telah menyokong pembangunan dan operasi bank tersebut, serta rakan kongsi yang berganding bahu untuk menawarkan nilai terbaik kepada pelanggan.

Buka Akaun GX dan mohon FlexiCredit sekarang.

Semua dalam beberapa minit. Buka akaun dan mohon kredit, bila-bila, di mana-mana.